ISI KANDUNGAN
1. Abstrak
2. Pendahuluan
3. Pengertian masjid
4. Sejarah penubuhan
5. Peranan
6.Carta organisasi masjid
7. Aktiviti masjid
8. Lampiran
9. Penutup
10. Sumber rujukan
Abstrak
Masjid merupakan tempat yg mulia di sisi Allah SWT.Kita sebagai umat islam yang beriman dan bertakwa haruslah menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Solat merupakan ibadah wajib yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Masjid ialah sebuah tempat untuk menunaikan ibadah seperti ibadah solat. Solat berjemaah di masjid lebih banyak ganjaran pahala yang diberikan oleh-Nya berbanding solat berseorangan di rumah mahupun di pejabat. Masjid juga menjadi tempat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara umat islam. Kita wajib menunaikan salah satu rukun islam ini. Jika kita tidak melakukanya kita berdosa .
Di antara dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari: 323 dan selainnya dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أُعْطِيْتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيْرَةَ شَهْرٍ وَ جُعِلَتْ لِي اْلأَرْضُ مَسْجِدًا وَ طَهُوْرًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلّ
“Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku: aku dimenangkan dengan perasaan takut yang menimpa musuhku dengan jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan suci, siapa pun dari umatku yang menjumpai waktu solat maka solatlah….”
Sumber: Majalah Al-Furqon, edisi 5, tahun ke-4 1425 H.
Pendahuluan
Jika kita melihat sejarah Nabi Muhammad S.A.W, ada tujuh langkah yang strategik dilakukan oleh baginda dalam membangunkan masyarakat madani di Mekah iaitu, Mendirikan sebuah masjid , Mengikat persaudaraan antara komuniti muslim, Mengikat perjanjian dengan masyarakat bukan islam, Membangunkan system politik (majlis shura), Meletakkan system dasar ekonomi, Membangunkan dan mendidik masyarakat, Menjadikan ajaran islam sebagai system nilai dalam masyarakat. Ketika Rasulullah memilih membangunkan masjid sebagai langkah pertama membangunkan masyarakat islam yang madani, konsep masjid bukan hanya sebagai tempat solat, tetapi masjid juga menjadi tempat berkumpulnya kelompok masyarakat islam.Pada zaman Rasulullah masjid mempunyai beberapa fungsi iaitu sebagai tempat menjalankan ibadah solat, sebagai tempat musyawarah, sebagai tempat masyarakat membuat aduan untuk menegakkan keadilan dan tempat untuk menjana ekonomi. Yang lebih strategik lagi, pada zaman Rasulullah, masjid adalah pusat pengembangan masyarakat dimana setiap hari masyarakat berjumpa dan mendengar arahan-arahan dari Rasul tentang berbagai hal prinsip-prinsip keagamaan, tentang sistem masyarakat baru.
Pengertian masjid.
Masjid dari segi istilah bahasa ialah tempat untuk bersujud manakala dari segi istilah syarak pula ialah tempat atau bangunan yang dibina untuk tujuan melakukan ibadah terutamanya ibadah solat lima waktu. Masjid juga dikenali sebagai rumah Allah. Masjid adalah tempat yang terbaik untuk beribadah kepada Allah S.W.T .
Apabila diperhatikan sejarah kewujudan dan kedudukan tanah persekitaran masjid pada masa dahulu berdasarkan definisi masjid dari sudut istilah ,antaranya ada masjid yang hanya berupa tanah lapang yang diberi tanda atau sempadan di sekelilingnya dengan mendirikan tiang-tiang yang dipacakkan tepat pada sempadan berkenaan.
Jika setakat sempadan atau tiang itu saja yang dijadikan masjid atau disebut masjid oleh orang ramai,atau oleh pewaqaf-jika ia masjid –maka yang berada di luar sempadannya tidak dikira masjid dan tidak berlaku padanya hukum-hukam masjid seperti i’tikaf.
Sehubungan dengan itu , kalau ada orang berkata: “ Aku jadikan tempat ini sebagai masjid”, maka jadilah tempat itu sebagai masjid, iaitu setakat mana luas atau besarnya tempat yang dimaksudkannya sebagai masjid, manakala kawasan yang diluarnya tidak turut menjadi masjid.
Imam Az-Zarkasyi berkata: