Saturday, February 26, 2011


لَو قال : جعلت هذه البُقْعَةِ مَسْجِدًا ، ففى الوَجِيزِ أَنها تَصِيرُ مسجِدًا وَإن لَمْ يأت بلفظ الوقف 

Ertinya: “ Kalau seseorang berkata: “Aku jadikan kawasan tanah ini sebagai masjid, maka menurut kitab Al-Wajiz jadilah ia masjid walaupun dia tidak menyebut lafaz wakaf.” (I’lam As-Sajid bi Ahkam Al-Masjid:396)
Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Az-Zarkasyi di atas, sekiranya keseluruhan tanah yang diperuntukkan itu telah diwartakan atau diniatkan sebagai masjid, maka jadilah kesemua tanah yang diniatkan itu masjid, walaupun bangunan masjid belum didirikan.
Tetapi jika ada yang diwartakan sebagai masjid hanya setakat bangunannya sahaja, maka itulah sahaja yang dianggap sebagai masjid, manakala bakinya adalah sebagai harim masjid atau tanah simpanan untuk masjid dan lain-lain keperluan masjid.
Oleh yang demikian, apa yang dinamakan kawasan atau perkarangan, halaman, lapangan dan lingkungan masjid, tidak termasuk masjid. Ini berdasarkan pengertian masjid dari sudut istilah dan pengertian perkataan kawasan.
Dengan ini dapatlah dikatakan bahawa perkataan ‘kawasan masjid’, di dalam bahasa melayu samalah dengan perkataan “Perkarangan, halaman atau lapangan terbuka dan lingkungan masjid”.
Jadi mengikut perkataan melayu ini, yang dikatakan kawasan masjid itu termasuklah tempat persekitaran yang mengelilingi masjid, sama ada ia sudah dikhaskan sebagai perkarangan atau halamannya ataupun tidak.

Sejarah penubuhan
Masjid Al –Islah dibina pada tahun 1967. Masjid ini terletak di dalam kampung yang berdekatan dengan simpang empat. Alamat masjid ini ialah , masjid Al- islah kampung ngulang Km. 5 , Jalan Chuping , 02500 Chuping , Perlis . Pada asalnya masjid ini dibina hanya dengan kayu sahaja tetapi sudah diubah suai menjadi sebuah bangunan konkrit. Dengan kekuatan 18 orang kakitangan,masjid ini menjadi pusat islam di kampung ngulang. Haji hamid b nor ialah imam yang bertugas di masjid ini. Beliau telah menjadi imam sudah 43 tahun. Pada masa dahulu masjid ini di cat dengan warna putih, tetepi telah ditukar warnanya menjadi warna oren.

No comments:

Post a Comment